mari klik2 nuff..

July 29, 2011

Cucur Pisang Durian




assalamualaikum... ni juadah minum petang kami..... kebetulan jiran kita ade bagi sesikat pisang lemak manis mak dia bawa dari kampung, pisangnya pun dah masak, sedang eloklah kita buat cucur pisang je...tengok2 kat peti ais ade lagi lebihan isi durian yang kita dah kopek2 aritu duk dalam tuppaware....apelagik!!! idea pun mari....ape kata try test campur isi durian&pisang jadikan cucur...dan hasilnya....mmmmmmmm....sedap penuh beraroma....hhahhahaaa....cucur pun sedap je lembut di dalam garing di luar...nak buat pun mudah je...nak tulis resepi ke? ermmm kita buat tak pakai sukat main agak2 je tadi...kita tulisla jugakye...lebih kurang minta halal...

Bahan2nya:-
5-6 biji pisang dibuang kulit
5-6 ulas isi durian buang bijinya
4-5 sudu besar gula
secubit garam
sedikit air
** semua bahan2 ni kita masuk dalam blender je... dan TTTRRRRRRRR..mesin sekejap

dalam satu mangkuk tuang bahan yang dikisar tadi, masukkan tepung gandum (agak2la jgn tlebih pulak nanti keras cucurnya, lebih kurang dlm 1 cawan)...kacau rata...masukkan serbuk baking powder dalam 3/4 sudu teh...kacau adunan sebati dan biar seketika dalam 30minit (seeloknya tutupla), selepas itu barulah dipanaskan minyak dan digoreng keemasan dengan api sederhana...selamat mencuba:-)

April 19, 2011

Triffle (1)


assalamualaikum... kita bermanis2 mulut kejap ye:-)... musim2 panas macamni tekak teringin nak makan yang sejuk2 aje... kali ni kita try buat triffle istimewa dari dapur tanpa sempadan-CMG... wallah!!! makan sejuk2 memang syiokkkk abisss!!!!!! minta halal ye cikmat kita C&P resepinya kat sini, terima kasih:-)


SUMBER RESEPI   
sila rujuk sini: DTS-CMG

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
*kalau nak lagi mudah macam kita, beli je sebiji kek sponge/swiss roll yang dah siap dr pasaraya... hehhehee..


BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder-kita beli jelly jenama nona warna merah perisa strawberry
Gula secukup rasa,-tak letak sebab dah manis
500 ml air-ikut arahan pada kotak 400ml air
1/2 camca teh strawberry emulco-tak letak sebab memang beli perisa strawberry
Beberapa titik pewarna merah
*kita punya triffle tu pucat aje sebab terlupa nak letak pewarna merah... hadoooiiyaaaiii!!!!! lain kali buat lagi mesti ingat part ni:-)


 BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata,tutup api dan ketepikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

April 16, 2011

Cendawan Kukur@KuLat Sisir Masak Lemak Cili Padi




assalamualaikum... buurrrrppppp!!!!!!!! a'lilah.. kenyang+puas hati dapat makan dan meratah lauk fevret kita ni dari kecik sampai sekarang... tapi sayang... susah sikit nak jumpa kulat ni, lagi2 kat kl ni...tapi balik kampung pun sama jugak...dah bape kali pesan kat mak kalau time nak balik tu kot2 ade jumpa kulat ni tolong belikan...tapi tiap kali kempunan...hehhehe mintak tak kena musim kot...nak jadik cerita, bape hari sudah kita jenjalan kat blog rosjintanmanis ternampakla dia masak menu idaman kita ni... mak aiiii!!!! gulllppp!!! telan liuq lagi...tbayang2 sedapnya... sabar, sabar...hehehe... tapi yelah, bila sampai rezeki kita tu i'allah tak kemananya... malam semalam kita ajak huby pegi pasar malam kat rumah kita ni kejap.. hajat hati nak beli barang basah la buat stok...lagipun banyak ikan/makanan laut segar2 jual kat pasar ni...dah abis beli barang yang perlu, tup tup tup kita nampak ade pakcik yang selalu jual sayur2 kampung ni duk letak 2-3 piring cendawan kukur ni kat atas meja dia... apelagik!!!! seeeeeerrrrrrbbbbuuuu..... hehhee laju je kita tarik huby kita dekat pakcik tu... terus rembat sepiring kecik tu...wah memang rezki la... lama sangat dah tak merasa makan cendawan kukur a.k.a kulat sisir ni... dah terbayang2 buat masak lemak cili padi campur dengan kerang sedap ni... pusing2 carik kerang takde pulak dah...ermmmm, tapi takpelah kita try resepi ros tu guna ikan bilis je... dan hasillllnyyyaaaaa....ermmmmmm sedap jugak, tetap menjilat jari hahahhaaa....lepas makan dgn huby malam ni kita tunggu je dia makan nasi sampai abis, bila dia cakap dah kenyang tak mau tambah dah apelagikkk!!!! kita bedal la ratah lauk ni abiskan... kihkihkih.... resepinya sama je macam kita selalu masak lemak cili padi biasa tu... cuma kali ni kita nak share resepi ni dari blog rosjintanmanis tu yang gunakan ikan bilis...minta halal ye pn.ros...tq:-)... pada yang tak tau rupa cendawan kukur/kulat sisir tu, ni kita google kan gambarnya... pada yg tak pernah rasa, cuba tau...sedap sebab rasa dia macam daging:-) 


Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Padi
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
 Bahan-bahanya:
Satu Piring Cendawan Kukur yang telah dibuang kulit bawahnya dan dibersihkan
sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor ( tak nak letak pun takpe)- kita letak sekeping
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk-kita guna kunyit hidup dlm 1inci
sedikit garam
secubit gula untuk memancing rasa
caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air serta ikan bilis, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan cendawan kukur, biarkan seketika, akhir sekali baru masukkan  asam keping, sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau selalu.
3. Biarkan kuah mereneh seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, selamat mencuba.

April 14, 2011

Simple Tiramisu Chocolate Cake


assalamualaikum... ermmm sedapnya tekak dapat makan tiramisu coklat kek ni.. happy sgt dapat buat tiramisu sendiri... hehhehee sebelum ni nak makan main beli jek...sekali tengok resepinya, alamak!!! senang rupanya nak buat... segalanya mudah dan cepat:-)... ok resepi simple tiramisu ni kita amik kat MyResepi by kak umi-e ...tq kak share resepi yang simple dan sedap ni:-)... kita minta halal C&P resepinya kat sini yer..

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )- kita buat 1/2 je drpd bahan2 kat bawah tu

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek-kita beli je kek coklat yang kecik 
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar... 
*Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Rebung



assalamualaikum... dah tengahari dah ye... kita nak tayang lauk daging salai masak lemak cili api rebung ni... walllahhhh!!!!!...lauk kampung mcm ni memang ler menggoda selera... abis lari segala rejim diet...hahahhaa nampak lauk cenggini makan pulak dengan nasi panas2 memang perkataan 'diet' tu terus pupus dari ingatan... hehhehhe... kuat betoi penangannnya:-)... tapi lagi kuat bau bacin rebung kat tangan, hahhahaa puas sabun pun tak ilang juga baunya..kat dapur kita pun berbau juga... takpela, bacin yang ni sedap... hehhee.... layannnnzzzzz zaassss...:-)

Bahan2:-
sumber resepi:  turun temurun drpd mak kita:-)

500gram daging batang pinang- kita salai atas dapur gas je, agak2 sampai garing/hitam2 sikit, kemudian hiris nipis
1 bungkus rebung- bersihkan, rebus sebentar& tos
2 batang serai - dititik
1 biji cili merah besar*
12 biji cili padi (ikut kepedasan yang anda suka)*
1 inci kunyit hidup*
2 biji buah keras*
1 kotak santan- kita guna jenama M&S low fat
2 cawan air
1 kiub pati ayam
1 keping asam gelugor
sedikit serbuk kunyit (untuk bagi warna)
sedikit garam
secubit gula (untuk memancing rasa)
1 sb minyak masak

Caranya:-)
1. tumbuk semua bahan bertanda* hingga lumat, kemudian panaskan minyak dan tumis sebentar bahan2 tumbuk tadi bersama serai yang dititik, selepas itu masukkan sedikit air bersama daging salai kacau rata dan tutup dengan penutup periuk sebentar dalam 5-6minit.
2. Selepas itu masukkan santan, dan air (ikut kepekatan yang anda suka), guna api perlahan dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan rebung, asam gelugor,kiub pati ayam dan serbuk kunyit, kemudian sesuaikan rasa dengan garam&gula. kacau lagi.
3. Perlahankan api, tutup semula dengan penutup periuk, kacau sesekali, lagi sedap kalau masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas, (mertua lalu pun memang xsedar...hehhehee) selamat mencuba:-)

April 13, 2011

Tofu Telur Masak Taucu Lada Hitam- TERIMA KASIH K.UMMI KTN:-)


assalamualaikum... ni lauk antara menu makan malam kita malam ni...hahahhaa...baru siang tadi kak ummizaihadi tu buat tayangan amal kat blog dia, malam ni juga kita try...komen kita: sedap2!!! lain dari lain...slalu yang kita pandai, guna tofu ni masak dengan sayur je...rupanya buat cenggini pun lazat! tq k.ummi share resepi ni:-) ekceli sejak kita jumpa blog k.ummi tu kita memang dah jadi peminat setia dia dah... kalau tak de idea nak masak memang blog dia la jadi rujukan...kita selongkar:-) hehhee sejujurnya, kita mula rajin ke dapur dan cuba macam2 resepi ni bila dah kahwen.. ikut nasihat mak "nak ikat suami kenala ikat perut dia selalu dengan air tangan sendiri" tak payah mandrem2, buat dosa je..baik masak sambil selawat&doa dia sayang kita selalu... bagi dia makan kenyang2 mesti dia sayang:-) tak gitu?...hehehhe... berbalik pada tajuk N3 kita tu.. kita nak ucapkan berbanyak terima kasih pd k.ummi (dengan nada terharu ni!).. tak sangka blogger masakan terkenal macam k.ummi sudi follow blog kuman macam kita ni (follower ke122), tinggalkan salam kat chat box tu...walhal baru hari ni pertama kali kita tinggalkan komen kat N3 masakan k.ummi tu (sebelum ni kita malu nak tgl komen@nak tegur kat blog,kita ni budak baru belajar, segan dgn blogger masakan mcm k.ummi,hari2 jadik silent reader je..hhehehee ala2 secret admire dari jauh je) alahai! kita memang tak sangka sangat... kita salute sangat ngan k.ummi ni...baik sgt orangnya... tak sombong dan layan semua orang yang datang ke blog dia... tak de la layan blogger2 sedarjat n buat tak reti je pada blogger kuman cam kita ni bila dah femes...hehhehee... bertambah2 minat ler kita dengan k.ummi ni, kira sifu masakan kat dapur kitala ni walau tak kenal...TERIMA KASIH KAK UMMI.. kita minta halal segala resepi dan tunjuk ajar akak kat blog akak tu mana yang kita dah cuba yer....

TOFU TELOR MASAK TAUCU LADA HITAM
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
  • 3 paket tofu telor - hiris 1 inci dan goreng jadi berkulit
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan *ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang kasar
  • 1/2 biji lada benggala merah - dihiris memanjang*
  • 1/2 biji lada benggala kuning - sda -*dua bahan ni kita xde,gantikan dengan hirisan daun sup je
  • 2 sudu besar sos lada hitam- kita gantikan dengan 1/2 sb serbuk lada hitam kasar+1st serbuk perasa pasti sedap knorr
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam (optional sbb taucu dah masin)
  • 1 biji tomato - belah 6
  • sedikit air untuk kuah
  • minyak masak untuk tumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga naik minyak.
  2. Masukkan semua sos dan air asam jawa dan air.
  3. Masukkan tofu yang telah digoreng tadi, gaul rata sekejap.
  4. Masukkan taucu, lada benggala dan bawang besar.
  5. Masukkan gula dan seimbangkan rasa...jika perlu tambah garam.
  6. Bila kuah mendidih dan agak pekat, masukkan tomato, kacau kejap dan tutup api.

American Chocolate Cake



assalamualaikum.... waaahhhhhhhh mau pingsan sebab dapat makan kek yang seeeeedddddaaaaaappp sgt nih!... hhheehehheh poyo jek:-pp.... resepi kek sedap ni kita selongkar dari dapur Kak Ummi ktn, resepi asal dr FP Zahara .. boley klik kat situ tengok kek k.ummi yg cun n cerita asal kek ni...tapi kita memang stujula bila k.ummi cakap kek ni the best one... bagi tekak kitalakan... resepi ni harus akan kita ulang buat lagi...hikhikhik...sebabnya, senang  dan cepat je nak buat...kita bab ringkas2+sedap ni laju jek nak try..hehhee...huby, mydoter n anak2 buah kita pun suka...sedap sgt lagi2 digandingkan dengan toping yang ala2 caramel chewy gowey gitu...hehhee... layan resepi kat bawah yang kita C&P dari dapur kak ummi... minta halal ye kak,kita share, terima kasih:-)

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
  • 2 cups flour*
  • 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
  • 3/4 cups cocoa*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 eggs
  • 1 cup of milk (fresh)
  • 1 cup of corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
Cara;:-
  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebih kurang 1 1/2 minit gitu..)-kita ikut k.ummi buat
  3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. (ikut ragam oven masing2 ye)
Bahan Topping/Ganache:- (Note: akak wat separuh dr bahan ni)-kita pun buat 1/2 jer
  • 1 tin susu pekat - kita guna 1/2 tin je
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/3 cawan serbuk koko 
  • secubit garam
Cara:-
Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...